Sabtu, 19 Disember 2009

Otak Oh Otak




Hai, dah lama kita tak berjumpa. Apa khabar anda semua? Moga semuanya sihat. Hari ini saya ingin berbicara mengenai otak. Mengapa otak? Sebab, tanpa otak, adakah anda akan dapat bertanya dan berfikir, walaupun sekadar soalan “dah makan?” Sebagai organ terpenting dalam badan kita, maka kita PERLU/WAJIB tahu mengenainya. Melaluinya kita akan dapat merawatnya jika terdapat sesuatu yang tidak kena.

Otak adalah bahagian organ terpenting dalam tubuh badan manusia dan tidak pernah berehat walau seketika. Otak adalah pengatur kehidupan seseorang manusia atau haiwan. Di dalam otak, terdapat sebanyak 100 billion sel neuron semasa dilahirkan dan hanya tinggal 15 billion apabila usia mencecah 80 tahun.

Kekurangan sel neuron dalam otak akan mengurangkan fungsinya. Oleh itu kita harus bertindak bijak mengatasi masalah ini dari berterusan, terutamanya para pelajar khususnya bagi menajamkan daya ingatan. Daya ingatan yang baik mesti dipertingkat atau pertahankan memandangkan kesannya amat besar dalam kehidupan kita.

Kecerdasan otak dapat dipulihkan dengan BEREHAT atau TIDUR. Walaupun begitu, takkanlah kita asyik tidur atau berehat saja sedangkan kehidupan kita sentiasa dihambat masa dan date line. Betul tak? Jadi, langkah terbaik adalah dengan memastikan PEMAKANAN kita terjaga. Pastikan kita makan makanan yang dapat memberikan MINDA kita makanan yang sihat kerana OTAK yang sihat akan menyebabkan BADAN kita juga sihat. Layarilah laman-laman web yang memberikan maklumat mengenai pemakanan yang baik untuk minda.

Mengambil makanan yang dapat menyuburkan otak akan dapat meningkatkan ketajaman minda kita. Antara makanan yang harus malah MESTI dipertimbangkan adalah SUSU, keju, MADU, bijirin, kekacang, KURMA, KISMIS, ubi kentang, keledek, AIR PUTIH (lebih 8 gelas sehari), minyak sayuran, ayam dan daging tanpa lemak serta ikan dan sayuran segar.

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Kita jumpa lagi untuk bersembang mengenai perkara lain pula.

Tragedi Sebelum Aidiladha

Assalamualaikum. Apa khabar semua, semoga riang ria dan sihat sejahtera sentiasa.



Saya mohon maaf kerana agak lama blog ini terbiar bersawang tidak dikemaskini. Anak ke empat saya, Fahim terlibat dalam kemalangan. Jadi lebih banyak masa ditumpukan kepadanya disamping tugasan yang lain. Harap bersabar, blog ini akan dikemaskini dengan lebih kerap pada masa hadapan mengikut kelapangan.

Ahad, 12 Julai 2009

Selamat Datang Ke Blog Pandai Geografi

Geografi! Sebut saja nama subjek tu, saya confirm ramai student di luar sana mengeluh. Susah! Membosankan! Payah nak lulus dan macam-macam lagi. Betul tak?
Betul ke susah? Cuba fikir semula. Saya yang dah berbelas tahun jadi guru Geografi dan mengkaji mengenai subjek ini, tak nampak di mana susahnya subjek ini. Betul! Sesiapa yang rasa susah sangat nak belajar subjek ni, boleh bagi tau saya apa masalahnya.
Saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat mendapat markah terbaik dalam subjek Geografi. Nak tau apa tips itu, kenalah sentiasa mengikuti blog ini selalu. Kalau ada masalah atau pertanyaan, silalah tinggalkan persoalan atau pertanyaan di laman blog ini. InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu.